“KENAPA RAKYAT TELUPID MESTI MEMILIH FELIX JOSEPH SAANG SEBAGAI ADUN N.47 TELUPID”
TELUPID, 2025 – Di tengah-tengah gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah 2025, satu nama semakin menonjol sebagai tokoh yang mampu membawa perubahan sebenar kepada rakyat Telupid — Felix Joseph Saang , calon UPKO No. 6 bagi N.47 Telupid, yang tampil dengan agenda pembangunan paling menyeluruh, realistik dan berfokus untuk memajukan daerah yang sejak sekian lama menunggu sentuhan kepimpinan baharu. Berbekalkan visi “Telupid Progresif, Dinamik dan Makmur” , Felix menampilkan Manifesto Telupid Baharu yang bukan sahaja menyentuh keperluan semasa rakyat, tetapi juga menggariskan pelan jangka panjang untuk membawa Telupid ke tahap pembangunan yang setara dengan daerah lain di Sabah. TELUPID PUNYA MASA DEPAN — DAN FELIX ADA PELAN MENYELURUH DUN Telupid merupakan kawasan luas, strategik dan kaya potensi. Namun banyak isu asas masih membelenggu rakyat seperti tanah adat, jalan kampung, air, elektrik, internet, peluang ekonomi dan pembangunan generasi muda. Felix hadir bukan denga...