Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Sabah

PUSAT KEUSAHAWANAN DESA DITUBUH DI SELURUH SABAH

Imej
Pusat Keusahawanan Desa Bakal Diperluas Ke Seluruh Sabah - Ketua Menteri KUDAT, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan memperluaskan Pusat Keusahawanan Desa (PKD) bagi membantu masyarakat luar bandar khususnya golongan belia meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata inisiatif itu berupaya membantu meningkatkan potensi diri golongan terbabit terutama yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan berusaha menjana pendapatan lumayan. Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi peruntukan lebih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bagi mewujudkan PKD yang akan berperanan sebagai pusat pembangunan dan latihan keusahawanan masyarakat desa. http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1300228

SABAH JAMIN PERLUASAN TPA 30%

Imej
KOTA KINABALU 8 Nov. - Sabah berada di landasan tepat dan memberi jaminan untuk meluaskan Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) kawasan daratan negeri ini kepada 30 peratus dalam 10 tahun akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perluasan 30 peratus itu akan meningkatkan TPA sedia ada iaitu 1.8 juta hektar atau 24.2 peratus daripada keluasan negeri ini. Tegasnya, usaha itu bukan sahaja perlindungan di atas kertas sebaliknya ditadbir urus dengan baik termasuk menambah sumber keupayaan bagi melindungi kawasan biologi spesies hidupan liar daripada ancaman seperti pemburuan haram. "Kerajaan negeri komited untuk memastikan ekosistem alam sekitar yang unik di negeri ini terpelihara. Oleh itu, saya berikrar dan memberi jaminan untuk meluaskan TPA kepada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Jantung Borneo atau Heart of Borneo, di sini hari ini. Tambah Musa, perluasan TPA itu perlu dijalankan seiring dengan rasionalisasi...