Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Barisan Nasional

MICHAEL SAH TIDAK BERTANDING

Imej
TELUPID : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS N.40 Labuk ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kiabau, Telupid petang semalam telah mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya ke-14 ini. Beliau di dalam ucapannya, telah memaklumkan hasratnya kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika majlis hari jadi Ketua Menteri Sabah yang lalu. “Tan Sri, saya di kawasan namun demikian saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-14... kali kelima saya mahu berehat dan kali kelima buat terakhir bagi saya” luah Michael kepada semua penduduk kampung di majlis tersebut. Majlis tersebut meriah dengan pengisian penyerahan geran tanah kerajaan kepada peserta FELCRA Kampung Kiabau.

KONVENSYEN UPKO 2016 DIRASMI NAJIB

Imej
Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, esok dijangka membincangkan lima isu utama berkaitan kepentingan negeri. Setiausaha Agong UPKO, Datuk Donald Mojuntin, berkata beberapa cadangan berkaitan isu autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 juga akan dibentangkan dalam konvensyen sehari itu. Semasa  Pilihan Raya Umum ke-13, banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh parti kepada parti itu.

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017

Imej
Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah  di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Bajet 2012 sehingga kini, BR1M bermatlamat untuk meingankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan kepada mereka tanpa mengira lapisan masyarakat.

SABAH JAMIN PERLUASAN TPA 30%

Imej
KOTA KINABALU 8 Nov. - Sabah berada di landasan tepat dan memberi jaminan untuk meluaskan Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) kawasan daratan negeri ini kepada 30 peratus dalam 10 tahun akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perluasan 30 peratus itu akan meningkatkan TPA sedia ada iaitu 1.8 juta hektar atau 24.2 peratus daripada keluasan negeri ini. Tegasnya, usaha itu bukan sahaja perlindungan di atas kertas sebaliknya ditadbir urus dengan baik termasuk menambah sumber keupayaan bagi melindungi kawasan biologi spesies hidupan liar daripada ancaman seperti pemburuan haram. "Kerajaan negeri komited untuk memastikan ekosistem alam sekitar yang unik di negeri ini terpelihara. Oleh itu, saya berikrar dan memberi jaminan untuk meluaskan TPA kepada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Jantung Borneo atau Heart of Borneo, di sini hari ini. Tambah Musa, perluasan TPA itu perlu dijalankan seiring dengan rasionalisasi...

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

Imej
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk mengeluarkan kad warga emas supaya golongan berusia 60 tahun ke atas mendapat kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk mereka oleh pelbagai pihak. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pengeluaran kad berkenaan seperti yang dilaksanakan di Australia dan United Kingdom, mengandungi maklumat pengenalan diri tentang seseorang warga emas.

MASYARAKAT PERLU BIJAK NILAI ISU ELAK PERPECAHAN RAKYAT

"Adalah dikhuatiri isu-isu yang belum pasti sahih, tidak benar, berunsur provokasi atau berbaur fitnah yang tersebar luas akan mendatangkan kacau bilau dan akhirnya menganggu gugat kestabilan negara," kata Tan Sri Joseph Kurup kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak ahad lalu." http://www.barisannasional.org.my/news/masyarakat-perlu-bijak-nilai-isu-elak-perpecahan-rakyat-kurup

1B UNTUK TINGKATKAN KUALITI JALUR LEBAR SELURUH NEGARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi memperluaskan liputan dan meningkatkan kualiti jalur lebar di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar. "Bagi penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar, kerajaan fokus kepada menambahbaik liputan 3G melalui pembinaan menara komunikasi dan penaiktarafan menara sedia ada melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)," Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1299894

LAH PEMBANGKANG KALAH LAGI?!!!

Imej
Pembangkang Tewas Undian Tolak Bajet 2017 7 NOV : Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 selepas berdepan undian belah bahagi yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen pembangkang. Bagaimanapun, dalam undian peringkat Dasar tersebut pihak kerajaan memperolehi 117 undi manakala pembangkang hanya mendapat 70  undi. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan persidangan malam tadi turut mengumunkan  11 ahli parlimen  tidak mengundi. Mereka adalah barisan ahli-ahli parlimen daripada PAS. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengundi bersama ahli-ahli  pembangkang lain. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli tidak hadir. Pembangkang menuntut undian belah bahagi selepas Menteri Kewangan 11, Datuk Johari Abdul Ghani selesai menggulung perbahasan kira-kira jam 10.10 malam. Hampi...

MAJLIS PEGUAM BIKIN MALU

Imej
Sikap tidak kisah Majlis Peguam berhubung isu menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros, memperlihatkan organisasi itu seolah-olah tiada harga diri dan tidak bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Peguam sepatutnya lebih tahu bahawa OSF merupakan satu organisasi yang bertujuan mengubah masyarakat dan mempunyai agenda memecahbelahkan institusi negara yang menjadi sasaran seperti Malaysia melalui penyaluran dana-dana itu.

MALAYSIA - CHINA SEPAKAT

Imej
Malaysia dan China sepakat untuk mempertahankan keamanan, kestabilan dan kemakmuran wilayah jika wujud masalah di rantau Laut China Selatan. Kedua-dua Negara tidak mahu isu tuntutan menjadi isu yang boleh menganggu-gugat kestabilan Asia Tenggara atau Laut China Selatan.

TIADA KENAIKAN - JANGAN SPIN

PPJ UMUM TIADA KENAIKAN PADA PENILAIAN HARTANAH BAGI PERUMAHAN DI PUTRAJAYA "Tiada kenaikan caj hartanah  dan caj hartanah adalah sama seperti  tahun sebelumnya" https://www.youtube.com/watch?v=33pis9Py67E&feature=youtu.be

PEMBANGKANG DAN FITNAH, BERPISAH TIADA.

Imej
KERAJAAN HARUS BERTINDAK PANTAS TANGKIS SERANGAN PEMBANGKANG - KHAIRY JAMALUDDIN 06 Nov 2016 Keganasan Persespsi atau firnah di laman sosial hari ini memang tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi kegasanan persepsi ini dilemparkan melalui badan-badan politik yang tugas mereka hanyalah menimlbulkan persepsi untuk meraih undi dan akhirnya ramai yang terpedaya.dengan persepsi jahat itu. "Sebagai contoh dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Lembaga Tabung Haji kerugian RM3.09 bilion dijawab dengan lengkap dan dalam masa yang pantas oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji Datuk Johan Abdullah. Malah saya difahamkan isu ini juga akan dijawab di Parlimen dalam masa terdekat," kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kerajaan juga harus bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi memastikan tidak wujud persepsi negatif. Beliau turut berkata sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama, dan perlu dijawab o...

TELITI SEBELUM PELABURAN ASING MASUK NEGARA

Imej
Proses membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini sentiasa dilakukan dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Zahid berkata soal bahawa ia boleh menjejaskan kedaulatan negara sepatutnya tidak timbul.

BENGKEL MULTIMEDIA UPKO - BN

Imej
Admin bersama team UPKO serta staff Jabatan Media Sosial Barisan Nasional dalam Kursus Koordinasi Pengurusan Strategi Koordinasi Komunikasi dan Multimedia di Hotel Airport View, Kota Kinabalu pada 5hb November, 2016. Turut hadir Datuk Abu Bin Khamis, Setiausaha Kerja Barisan Nasional. Bengkel ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Presiden UPKO Nasional.