MICHAEL SAH TIDAK BERTANDING

TELUPID : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS N.40 Labuk ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kiabau, Telupid petang semalam telah mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya ke-14 ini.

Beliau di dalam ucapannya, telah memaklumkan hasratnya kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika majlis hari jadi Ketua Menteri Sabah yang lalu.

“Tan Sri, saya di kawasan namun demikian saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-14... kali kelima saya mahu berehat dan kali kelima buat terakhir bagi saya” luah Michael kepada semua penduduk kampung di majlis tersebut.

Majlis tersebut meriah dengan pengisian penyerahan geran tanah kerajaan kepada peserta FELCRA Kampung Kiabau.

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2