PUSAT KEUSAHAWANAN DESA DITUBUH DI SELURUH SABAH

Pusat Keusahawanan Desa Bakal Diperluas Ke Seluruh Sabah - Ketua Menteri

KUDAT, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan memperluaskan Pusat Keusahawanan Desa (PKD) bagi membantu masyarakat luar bandar khususnya golongan belia meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti perniagaan dan keusahawanan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata inisiatif itu berupaya membantu meningkatkan potensi diri golongan terbabit terutama yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan berusaha menjana pendapatan lumayan.

Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi peruntukan lebih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bagi mewujudkan PKD yang akan berperanan sebagai pusat pembangunan dan latihan keusahawanan masyarakat desa.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1300228

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

MICHAEL SAH TIDAK BERTANDING

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID