PEMUDA UPKO BELURAN SERAH SUMBANGAN PADA PAULUS

TAMBUNAN : Pemuda UPKO Beluran yang diketuai oleh Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Pehubungan Parlimen Beluran bersama Tommy Amir, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Beluran dan Sylvester Doini, Ketua Pemuda Kampung Liningkung, Telupid telah menemui dan menyerahkan sumbangan kasih kepada Feruzuana Hamruni Binti Md Ferdaus yang merupakan anak kepada Paulus Jimit, bekas pemain Sabah yang menghidap penyakit angin ahmar di kediaman mereka di perumahan JKR Tambunan petang semalam.  Paulus dimaklumkan sedang menjalani rawatan di Kota Kinabalu.

Sumbangan ini berikutan perlawanan bolasepak amal diantara pasukan Telupid Mix Veteran dengan pasukan Ex-Sabah 90 FC yang berlangsung di Padang Pekan Telupid pada 19hb November yang lalu yang berakhir dengan keputusan 4 - 3.

"Sumbangan ikhlas ini merupakan punggutan diantara pemain dan Pergerakan Pemuda UPKO Beluran khusus bagi meringan beban kos rawatan Paulus.  Saya juga berharap selepas ini agar ada lagi pihak-pihak yang lain tampil untuk membantu." ujar Melton Martin

Perlawanan tersebut telah dirasmi oleh Yang Berbahagia Tuan Felix Joseph Saang, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2