UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID
Kunjungan hormat Pemuda UPKO Beluran membuahkan hasil bila menyampaikan hasrat dan cadangan untuk mewujud Majlis Daerah Telupid kepada YB Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Mengetuai kunjungan hormat Tuan Tommy Amir, Ketua Pemuda. Turut bersama Tuan Leprus Giswa, Setiausaha Bahagian dan Tuan Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Khas Parlimen Beluran.