MINYAK MASAK KITAR SEMULA DISIASAT

Kegusaran orang ramai mengenai minyak masak paket bersubsidi yang dikatakan minyak kitar semula akan disiasat kata Menteri Kesihatan semalam .

Siasatan yang dilakukan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan itu akan menyisasat dakwaan-dakwaan  yang dilaporkan adakah minyak masak paket subsidi mempunyai  unsur kitar semula.

Ini kerana dakwaan orang ramai dan badan bukan kerajaan yang  melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku penjualan minyak masak yang dikitar semula secara berleluasa akibat kenaikan harga minyak masak.

menurut Datuk Seri Dr S. Subramaniam lagi,ianya bagi mengelak penipuan dan penjualan minyak yang dikitar semula sehingga boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

"Dari segi keselamatan makanan, kita mempunyai kuasa yang membenarkan apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual diperiksa.

"Ia termasuk pemeriksaan di kedai-kedai dan penggunaan minyak masak oleh golongan pengusaha restoran serta peniaga makanan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

http://www.barisannasional.org.my/news/dakwaan-minyak-masak-kitar-semula-disiasat

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2