Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk mengeluarkan kad warga emas supaya golongan berusia 60 tahun ke atas mendapat kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk mereka oleh pelbagai pihak. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pengeluaran kad berkenaan seperti yang dilaksanakan di Australia dan United Kingdom, mengandungi maklumat pengenalan diri tentang seseorang warga emas.
TELUPID : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS N.40 Labuk ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kiabau, Telupid petang semalam telah mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya ke-14 ini. Beliau di dalam ucapannya, telah memaklumkan hasratnya kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika majlis hari jadi Ketua Menteri Sabah yang lalu. “Tan Sri, saya di kawasan namun demikian saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-14... kali kelima saya mahu berehat dan kali kelima buat terakhir bagi saya” luah Michael kepada semua penduduk kampung di majlis tersebut. Majlis tersebut meriah dengan pengisian penyerahan geran tanah kerajaan kepada peserta FELCRA Kampung Kiabau.
TELUPID : Peminat bolasepak di sekitar Daerah Telupid dan yang berhampiran dijemput untuk menyaksikan perlawanan persahabatan buat pertama kalinya diadakan di daerah ini pada sabtu 19hb November jam 4 petang di Padang Pekan Telupid. Perlawanan Persahabatan Ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran dengan Kerjasama SAFA Daerah Telupid, Majlis Daerah Beluran, pejabat Belia dan Sukan Daerah Telupid serta Kelab Sukan Pekan Telupid (KASTEL). Perlawanan Antara Mix Veteran Telupid yang menampilkan bekas pemain SAFA Daerah Telupid. Manakala Ex-Sabah 90 FC akan menampilkan bekas pemain negeri antara lain Jakerison Kilan, Andrew Laban, Conrad Mojungkim, Salvester Sindeh, Andrew Majangim, Rizal Awang Jad, Dunian Sulog, Aslik Mailin, Billyton, Borhan Ajui dan beberapa lagi. Menurut Pengerusi Penganjur, Melton Martin merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran juga Pegawai Perhubungan Parlimen Beluran kawasan Telupid ketika di temui berkata tujuan perlawan...