INDIA DITINDAS DI PULAU PINANG???
KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL BELA KAUM INDIA - PERWAKILAN DAP
07 Nov 2016
Penang_DAP_Convention_7_11_2016
Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini.
Perwakilan Datuk Keramat A. Krishnan mendakwa kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.
"Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang," katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di Pulau Pinang.
Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan.
© 2016 Barisan Nasional. Hakcipta terpelihara.
http://www.barisannasional.org.my/news/kerajaan-ppinang-gagal-bela-kaum-india-perwakilan-dap