SK TELUPID SIAP SIAGA
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZAwz8U-oE55gjPN5wtWwkh1nkVfefB5iCZqq1LP43wnW6RHJvtS_5FK_IMC0z1Oy0Mv08v-s_YVrNHwbwUeZQlRQqqbCmEVwHx4LtnT7pRlFpKXxs7ClS9lvvRaBUH9Gf9QjBvr9uRtPZ/s1600/1594706234763589-0.png)
TELUPID : Sekolah Kebangsaan Telupid siap-siaga menerima kedatangan murid bagi tahun 5 dan 6 yang dijadual pada 15hb Julai ini. Berucap dalam Majlis Penataran Pembukaan Sekolah, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Melton Martin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menganjurkan majlis tersebut; di mana ibu-bapa boleh melihat sendiri persediaan-persediaan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. "Pandemik Covid19 ini telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan keluarga sehari-hari sebelum ini. Ibu-bapa kini tahu betapa mencabarnya mendidik anak di rumah dan menghargai peranan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjaga anak-anak di sekolah." "Pembukaan sekolah ini merupakan suatu keputusan yang sangat besar yang telah difikir pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah Telupid. Semoga ibu-bapa menyokong usaha murni ini dengan menghan...