SK TELUPID SIAP SIAGA


TELUPID : Sekolah Kebangsaan Telupid siap-siaga menerima kedatangan murid bagi tahun 5 dan 6 yang dijadual pada 15hb Julai ini.

Berucap dalam Majlis Penataran Pembukaan Sekolah, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Melton Martin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menganjurkan majlis tersebut; di mana ibu-bapa boleh melihat sendiri persediaan-persediaan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah dilakukan oleh pihak sekolah.

"Pandemik Covid19 ini telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan keluarga sehari-hari sebelum ini. Ibu-bapa kini tahu betapa mencabarnya mendidik anak di rumah dan menghargai peranan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjaga anak-anak di sekolah."

"Pembukaan sekolah ini merupakan suatu keputusan yang sangat besar yang telah difikir pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah Telupid. Semoga ibu-bapa menyokong usaha murni ini dengan menghantar anak ke sekolah mengikuti secara ketat SOP yang telah ditentukan."

Guru Besar SK Telupid, Puan Kamaliah Timbun memaklumkan bahawa sekolah ini didapati cukup kapasiti membuka masa persekolahan kepada satu seisi pada sebelah pagi.

"Setelah menyusun kerusi meja dengan penjarakan 1 meter, bilangan murid masih boleh dimuatkan didalam kelas dari tahun 1 hingga tahun 6" ujar beliau. 

Turut berucap dalam majlis tersebut wakil dari PPD Telupid, Encik Tommy Amir merangkap Pegawai Angkat Sekolah menjawab kekhuatiran ibu-bapa mengenai rasa serba-salah menghantar anak ke sekolah. 

"Kita tahu bahawa penyakit ini amat menakutkan dan belum lagi ada vaksin. Jika ibu-bapa takut untuk menghantar anak ke sekolah, hendaklah maklumkan secara bersurat kepada pihak sekolah. Akan tetapi selepas tempoh akhir PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) pada 31hb Ogos ini tamat. Ibubapa akan dipersalahkan jika masih lagi tidak menghantar anak ke sekolah selepas tempoh tersebut. 

Taklimat tersebut turut mengadakan soal-jawab bersama ibu-bapa dan beberapa cadangan untuk mengurangkan kesesakan kenderaan ketika masuk melalui pintu pagar sekolah telah diterima untuk memperbaiki SOP sedia ada. 

Majlis tersebut telah dihadiri seramai lebih kurang 60 orang yang terdiri daripada ibu-bapa dan guru. Turut hadir Timbalan Yang Di-Pertua PIBG SK Telupid, Encik Usbit Alius. 

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2