JOVINIA UMJIN JUARA SUGANDOI DAERAH TELUPID 2021



TELUPID : Jovinia Umjin mewakili Kampung Bauto berjaya menambat hati juri pertandingan sugandoi peringkat daerah Telupid dengan mengenepikan 4 peserta lain dengan membawa hadiah wang tunai rm 700.00, Piala dan Sijil. Jovinia yang memilih lagu Pitongkizadan, penyanyi asal Cathy Woritus; cukup untuk dirinya digelar Juara Sugandoi Peringkat Daerah Telupid yang seterusnya mewakili Daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021.


Tempat kedua Afdin Bin Abdul Ghani@Ejul mewakili Kampung Buis dengan lagu Id Pagandadan yang dipopularkan oleh Fabian Wiliam membawa pulang wang tunai Rm 600.00, Piala dan sijil.


Ketiga, Quadra Akin mewakili Kampung Taviu membawa lagu Tupusku yang dipopularkan oleh Aznor Jipin membawa pulang hadiah wang tunai Rm 500.00, piala dan sijil.K

Ke-empatVictor Philip Rundi mewakili Kampung Gading dengan lagu Ponindualan Montok Doho yang dipopukarkan oleh Fredercik Julius membawa pulang hadiah wang tunai RM 400.00 dan sijil dan kelima Aminah Naim mewakili Kampung Berayung dengan lagu Nosindualan lagu yang di popularkan oleh Phauline Lenn membawa pulang hadian wang tunai Rm 300.00 dan sijil.


Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony merangkap Pengerusi Jawtankuasa Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Telupid. Pengerusi  Jawatankuasa Sugandoi Daerah Telupid Tommy Amir ketika di temui selepas acara itu, melahirkan rasa syukur kerana akhirnya pertandingan ini berjalan lancar dan mematuhi segala sop yang telah ditetapkan.

"Saya akui selama 7 tahun mempengerusikan jawatankuasa ini, tahun ini adalah sangat mencabar."

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Tuan Jonnybone J Kurum, Ahli Dewan Undangan Negeri Telupid merangkap Pengerusi KKIP Property Sdn Bhd; Tuan Celestine Jetony, Pegawai Daerah Telupid, Ahli Jawatankuasa Sugandoi Daerah Telupid 2021, penaja dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2