Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Felix Joseph Saang

Imej
Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Pemuda UPKO Julai 23, 2025, Rabu - 4:10pm TELUPID: Beberapa pengumuman penting yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan perpaduan dalam membela nasib rakyat luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman Sabah. Ketua Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang berkata, pengumuman yang merangkumi sumbangan tunai RM100 kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas, penurunan kadar bil elektrik, cuti umum sempena Hari Malaysia serta peluasan Program Jualan Rahmah ke seluruh negara bakal memberi manfaat besar kepada rakyat. “Langkah ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana golongan, terutamanya komuniti luar bandar yang masih ketinggalan dari segi capaian kemudahan asas dan subsidi kerajaan. “Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, malah memberikan mesej jelas bahawa kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan ...