Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Warga Telupid Dipelawa Sertai Sugandoi Kaamatan

Utusan Borneo (Sabah) 20 Apr 2017 Oleh SALMAN ABADI WARGA Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas dipelawa menyertai Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Telupid pada 29 April (Sabtu) depan, bermula jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Katanya pertandingan itu bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah, selain menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaaan Pesta Kaamatan tahun ini. Di samping itu, ia juga bertujuan mencungkil dan mengetengahkan bakat dalam bidang persembahan nyanyian solo khasnya dalam kalangan para belia di daerah Telupid serta mengeratkan lagi ...

SERTAI SUGANDOI TELUPID 2017

Imej
TELUPID : Warga Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Sugandoi Daerah Telupid pada tahun 2017 ini. Maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan adalah semudah menyertai kumpulan "Sugandoi Telupid 2017" sembang WhatsApp di alamat web https://chat.whatsapp.com/AyIygptB5vTBcOcD2czyDR Tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 28hb April, 2017. Manakala, sesi saringan akan diadakan pada 29hb April, 2017 jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, Telupid. Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid, Encik Tommy Amir menambah bahawa menariknya kali ini, buat julung kali penyertaan untuk kategori Dazanak (kanak-kanak) dan juga Songkoton (Veteran) dibuka.  Peserta juga bebas memilih lagu untuk bertanding asalkan ianya berbahasa Kadazandusun atau lagu etnik tempatan Sabah. "Pendekatan tanpa senarai lagu wajib dan pilihan dikekal oleh Jawatankuasa Sugandoi Negeri sekaligus memberi nilai tambah kepada penyertaan Sugandoi di daerah khususny...