Warga Telupid Dipelawa Sertai Sugandoi Kaamatan

Utusan Borneo (Sabah)
20 Apr 2017
Oleh SALMAN ABADI

WARGA Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas dipelawa menyertai Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Telupid pada 29 April (Sabtu) depan, bermula jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan.

Katanya pertandingan itu bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah, selain menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaaan Pesta Kaamatan tahun ini.

Di samping itu, ia juga bertujuan mencungkil dan mengetengahkan bakat dalam bidang persembahan nyanyian solo khasnya dalam kalangan para belia di daerah Telupid serta mengeratkan lagi jalinan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan masyarakat atau warga Telupid serta semua pihak yang terlibat.

Beliau menjelaskan maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan boleh diakses dengan menyertai kumpulan ‘Sugandoi Telupid 2017’ melalui sembang WhatsApp di alamat web https://chat. whatsapp.com/AyIygptB5vTBcOcD2czyDR.

Katanya tarikh akhir penerimaan penyertaan ialah pada 28 April (Jumaat), manakala sesi saringan untuk pemilihan ke peringkat akhir akan diadakan pada 29 April depan, jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid.

Tommy berkata pembaharuan menarik yang diperkenalkan kali ini ialah buat julung kalinya penyertaan untuk kategori ‘dazanak’ (kanak-kanak) dan juga ‘songkoton’ (veteran) turut diperkenalkan dan dibuka penyertaannya kepada yang berminat.

Beliau menambah, para peserta bagi kesemua tiga kategori itu juga bebas memilih lagu untuk dinyanyikan pada pertandingan itu asalkan ia berbahasa Kadazandusun atau lagu etnik tempatan Sabah.

“Pendekatan tanpa senarai lagu wajib dan lagu pilihan dikekalkan oleh Jawatankuasa Sugandoi Negeri Sabah, sekali gus memberi nilai tambah kepada penyertaan Sugandoi di peringkat daerah khususnya di daerah Telupid ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lima peserta terbaik akan dipilih untuk berentap pada pertandingan akhir sugandoi yang akan diadakan pada 6 Mei 2017 (Sabtu), bermula jam 8 pagi.
Para pemenang akan menerima hadiah berupa piala, wang tunai dan sijil penyertaan.

Tommy yang juga Ketua Pemuda Upko Telupid/ Beluran berkata pada hari berkenaan (6 Mei) akan berlangsung Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Telupid yang dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2