SERTAI SUGANDOI TELUPID 2017

TELUPID : Warga Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Sugandoi Daerah Telupid pada tahun 2017 ini.

Maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan adalah semudah menyertai kumpulan "Sugandoi Telupid 2017" sembang WhatsApp di alamat web
https://chat.whatsapp.com/AyIygptB5vTBcOcD2czyDR

Tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 28hb April, 2017. Manakala, sesi saringan akan diadakan pada 29hb April, 2017 jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, Telupid.

Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid, Encik Tommy Amir menambah bahawa menariknya kali ini, buat julung kali penyertaan untuk kategori Dazanak (kanak-kanak) dan juga Songkoton (Veteran) dibuka.  Peserta juga bebas memilih lagu untuk bertanding asalkan ianya berbahasa Kadazandusun atau lagu etnik tempatan Sabah.

"Pendekatan tanpa senarai lagu wajib dan pilihan dikekal oleh Jawatankuasa Sugandoi Negeri sekaligus memberi nilai tambah kepada penyertaan Sugandoi di daerah khususnya di Daerah Telupid ini."

Lima peserta akhir akan berentap pada pagi 06hb Mei, 2016 di mana pada hari tersebut merupakan Perayaan Kaamatan Peringkat Daerah Telupid yang akan dirasmi oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Johan akan memenangi hadiah wang Tunai RM 1,500.00 beserta piala dan sijil seterusnya mewakili Daerah Telupid ke peringkat Negeri.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh menghubungi Pengerusi Pertandingan Sugandoi, Encik Tommy Amir di talian 019-2384460 dan Setiausaha Sugandoi, Encik Melton Martin di talian 014-8521888.

Catatan popular daripada blog ini

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2