Catatan

“KENAPA RAKYAT TELUPID MESTI MEMILIH FELIX JOSEPH SAANG SEBAGAI ADUN N.47 TELUPID”

Imej
TELUPID, 2025 – Di tengah-tengah gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah 2025, satu nama semakin menonjol sebagai tokoh yang mampu membawa perubahan sebenar kepada rakyat Telupid — Felix Joseph Saang , calon UPKO No. 6 bagi N.47 Telupid, yang tampil dengan agenda pembangunan paling menyeluruh, realistik dan berfokus untuk memajukan daerah yang sejak sekian lama menunggu sentuhan kepimpinan baharu. Berbekalkan visi “Telupid Progresif, Dinamik dan Makmur” , Felix menampilkan Manifesto Telupid Baharu yang bukan sahaja menyentuh keperluan semasa rakyat, tetapi juga menggariskan pelan jangka panjang untuk membawa Telupid ke tahap pembangunan yang setara dengan daerah lain di Sabah. TELUPID PUNYA MASA DEPAN — DAN FELIX ADA PELAN MENYELURUH DUN Telupid merupakan kawasan luas, strategik dan kaya potensi. Namun banyak isu asas masih membelenggu rakyat seperti tanah adat, jalan kampung, air, elektrik, internet, peluang ekonomi dan pembangunan generasi muda. Felix hadir bukan denga...

FELIX JOSEPH SAANG CALON TERBAIK WAKIL RAKYAT BAHARU DUN TELUPID

Imej
TELUPID, — Nama Felix Joseph Saang kini hangat menjadi sebutan di seluruh DUN Telupid apabila beliau muncul sebagai calon yang dilihat paling berwibawa, berintegriti dan paling memahami denyut nadi rakyat. Dengan rekod perkhidmatan yang bersih serta komitmen tinggi terhadap prinsip #SabahFirst, Felix dianggap sebagai tokoh baharu yang mampu membawa anjakan besar kepada masa depan Telupid. Felix, yang sinonim dengan perjuangan suara rakyat pedalaman, tampil dengan agenda pembangunan yang jelas — memperkukuh ekonomi setempat, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, memperjuangkan infrastruktur asas, serta memastikan hak-hak Sabah dalam MA63 terus dipertahankan. Keupayaan beliau menyelami realiti kehidupan masyarakat kampung, belia, wanita dan golongan petani menjadikan beliau calon yang dekat di hati pengundi. Menurut pemerhati politik setempat, Felix dilihat sebagai pemimpin generasi baharu yang tampil dengan pemikiran progresif dan sikap kerja yang berorientasikan solu...

EWON JUMPA TOMMY

Imej
KENYATAAN AKHBAR. *PRN 6 NEGERI UJIAN SPRM TANGANI RASUAH: FELIX*  Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai medan terbaik untuk menangani amalan rasuah. Ketua Pemuda, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang berkata, ia selaras dengan misi Kerajaan Perpaduan yang menyatakan kesungguhan dan komitmen dalam usaha membenteras gejala rasuah.  Katanya, rakyat perlu memilih pemimpin yang berintegriti, berwawasan, beretika, telus untuk memimpin dan bukannya memilih pemimpin disebabkan rasuah ataupun politik wang. “Tidak dinafikan, setiap kali pilihanraya terutama di kawasan luar Bandar, kita mendengar banyak cerita-cerita di mana politik wang sering berlaku . “Oleh demikian, saya percaya PRN di enam negeri kali ini adalah ruang terbaik untuk membuktikan amalan rasuah dan membeli undi dapat dinoktahkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Felix berkata, SPRM juga seharusnya kom...

PRN17 : KAMPUNG MAAU AKAN DIREALISASI

Imej
TELUPID : Kemasukan beramai-ramai penduduk Kampung Maau ke dalam Parti UPKO; menyatakan sokongan kepada Tuan Felix Joseph Saang, Ketua Bahagian UPKO Beluran sebagai calon di DUN N.47 Telupid. 

Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Felix Joseph Saang

Imej
Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Pemuda UPKO Julai 23, 2025, Rabu - 4:10pm TELUPID: Beberapa pengumuman penting yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan perpaduan dalam membela nasib rakyat luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman Sabah. Ketua Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang berkata, pengumuman yang merangkumi sumbangan tunai RM100 kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas, penurunan kadar bil elektrik, cuti umum sempena Hari Malaysia serta peluasan Program Jualan Rahmah ke seluruh negara bakal memberi manfaat besar kepada rakyat. “Langkah ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana golongan, terutamanya komuniti luar bandar yang masih ketinggalan dari segi capaian kemudahan asas dan subsidi kerajaan. “Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, malah memberikan mesej jelas bahawa kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan ...

JOVINIA UMJIN JUARA SUGANDOI DAERAH TELUPID 2021

Imej
TELUPID : Jovinia Umjin mewakili Kampung Bauto berjaya menambat hati juri pertandingan sugandoi peringkat daerah Telupid dengan mengenepikan 4 peserta lain dengan membawa hadiah wang tunai rm 700.00, Piala dan Sijil. Jovinia yang memilih lagu Pitongkizadan, penyanyi asal Cathy Woritus; cukup untuk dirinya digelar Juara Sugandoi Peringkat Daerah Telupid yang seterusnya mewakili Daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021. Tempat kedua Afdin Bin Abdul Ghani@Ejul mewakili Kampung Buis dengan lagu Id Pagandadan yang dipopularkan oleh Fabian Wiliam membawa pulang wang tunai Rm 600.00, Piala dan sijil. Ketiga, Quadra Akin mewakili Kampung Taviu membawa lagu Tupusku yang dipopularkan oleh Aznor Jipin membawa pulang hadiah wang tunai Rm 500.00, piala dan sijil.K Ke-empatVictor Philip Rundi mewakili Kampung Gading dengan lagu Ponindualan Montok Doho yang dipopukarkan oleh Fredercik Julius membawa pulang hadiah wang tunai RM 4...

SK TELUPID SIAP SIAGA

Imej
TELUPID : Sekolah Kebangsaan Telupid siap-siaga menerima kedatangan murid bagi tahun 5 dan 6 yang dijadual pada 15hb Julai ini. Berucap dalam Majlis Penataran Pembukaan Sekolah, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Melton Martin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menganjurkan majlis tersebut; di mana ibu-bapa boleh melihat sendiri persediaan-persediaan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. "Pandemik Covid19 ini telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan keluarga sehari-hari sebelum ini. Ibu-bapa kini tahu betapa mencabarnya mendidik anak di rumah dan menghargai peranan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjaga anak-anak di sekolah." "Pembukaan sekolah ini merupakan suatu keputusan yang sangat besar yang telah difikir pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah Telupid. Semoga ibu-bapa menyokong usaha murni ini dengan menghan...