Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Warga Telupid Dipelawa Sertai Sugandoi Kaamatan

Utusan Borneo (Sabah) 20 Apr 2017 Oleh SALMAN ABADI WARGA Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas dipelawa menyertai Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Telupid pada 29 April (Sabtu) depan, bermula jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Katanya pertandingan itu bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah, selain menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaaan Pesta Kaamatan tahun ini. Di samping itu, ia juga bertujuan mencungkil dan mengetengahkan bakat dalam bidang persembahan nyanyian solo khasnya dalam kalangan para belia di daerah Telupid serta mengeratkan lagi

SERTAI SUGANDOI TELUPID 2017

Imej
TELUPID : Warga Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Sugandoi Daerah Telupid pada tahun 2017 ini. Maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan adalah semudah menyertai kumpulan "Sugandoi Telupid 2017" sembang WhatsApp di alamat web https://chat.whatsapp.com/AyIygptB5vTBcOcD2czyDR Tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 28hb April, 2017. Manakala, sesi saringan akan diadakan pada 29hb April, 2017 jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, Telupid. Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid, Encik Tommy Amir menambah bahawa menariknya kali ini, buat julung kali penyertaan untuk kategori Dazanak (kanak-kanak) dan juga Songkoton (Veteran) dibuka.  Peserta juga bebas memilih lagu untuk bertanding asalkan ianya berbahasa Kadazandusun atau lagu etnik tempatan Sabah. "Pendekatan tanpa senarai lagu wajib dan pilihan dikekal oleh Jawatankuasa Sugandoi Negeri sekaligus memberi nilai tambah kepada penyertaan Sugandoi di daerah khususny

MICHAEL SAH TIDAK BERTANDING

Imej
TELUPID : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS N.40 Labuk ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kiabau, Telupid petang semalam telah mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya ke-14 ini. Beliau di dalam ucapannya, telah memaklumkan hasratnya kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika majlis hari jadi Ketua Menteri Sabah yang lalu. “Tan Sri, saya di kawasan namun demikian saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-14... kali kelima saya mahu berehat dan kali kelima buat terakhir bagi saya” luah Michael kepada semua penduduk kampung di majlis tersebut. Majlis tersebut meriah dengan pengisian penyerahan geran tanah kerajaan kepada peserta FELCRA Kampung Kiabau.