Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

PEMUDA UPKO BELURAN SERAH SUMBANGAN PADA PAULUS

Imej
TAMBUNAN : Pemuda UPKO Beluran yang diketuai oleh Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Pehubungan Parlimen Beluran bersama Tommy Amir, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Beluran dan Sylvester Doini, Ketua Pemuda Kampung Liningkung, Telupid telah menemui dan menyerahkan sumbangan kasih kepada Feruzuana Hamruni Binti Md Ferdaus yang merupakan anak kepada Paulus Jimit, bekas pemain Sabah yang menghidap penyakit angin ahmar di kediaman mereka di perumahan JKR Tambunan petang semalam.  Paulus dimaklumkan sedang menjalani rawatan di Kota Kinabalu. Sumbangan ini berikutan perlawanan bolasepak amal diantara pasukan Telupid Mix Veteran dengan pasukan Ex-Sabah 90 FC yang berlangsung di Padang Pekan Telupid pada 19hb November yang lalu yang berakhir dengan keputusan 4 - 3. "Sumbangan ikhlas ini merupakan punggutan diantara pemain dan Pergerakan Pemuda UPKO Beluran khusus bagi meringan beban kos rawatan Paulus.  Saya juga berharap selepas ini agar ada lagi pihak-pihak yang lain

UPKO INSTRUCTS MPS TO REJECT HADI'S BILL

PUTRAJAYA: United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) MPs have been instructed to reject the Private Member’s Bill pushed by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Upko acting president Datuk Seri Madius Tangau said instructions to the Upko MPs to not support the bill proposing for amendments to the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act was in line with the party’s supreme council stand. Upko has stood firm on its objection to the Marang MP’s Bill which was said to be aimed at increasing the punitive power of the Syariah Court but viewed as many as paving the way for the introduction of syariah law in the country. According to Tangau, the issue had been deliberated by the party’s Legal Bureau headed by secretary general, Datuk Donald Peter Mojuntin from the constitutional and legal point of view. The Bureau advised the Upko supreme council on the matter, which in turned unanimously and collectively decided to oppose the Bill. Besides Tangau, who is Tuaran M

KENYATAN AKHBAR MVT LAWAN EX-SABAH 90 FC

Imej
Kenyataan akhbar daripada Pengerusi Penganjur, Melton Martin di suratkhabar New Sabah Times 18/11/2016

KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TELUPID

Imej
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN MEREBUT PIALA YB DSP WILFRED MADIUS TANGAU, PEMANGKU PRESIDEN UPKO NASIONAL MERANGKAP MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA Pada 3HB - 4HB DISEMBER, 2016 di DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELUPID Hadiah :- Johan - RM800 beserta Medal dan Sijil. Kedua - RM500 beserta Medal dan Sijil. Ketiga (Bersama Pasukan Separuh Akhir) - RM300 beserta Medal dan Sijil Yuran penyertaan : RM150 Kategori Berpasukan : 1. Bergu Lelaki Terbuka 2. Bergu Wanita Terbuka 3. Bergu Lelaki umur 40 ke-atas Keterangan lanjut dan borang penyertaan : Waslie Albert Awai 010-7990562 Petrus Mathew 014-6540172 Tommy Amir 019-2384460 Fauziah Kudus 0107942003 Donnysius Salati 017-8298506 Mex Miming 013-885923 Wilfred Majikon 019-8953785

PEMINAT BOLASEPAK SEKITAR DAERAH TELUPID DI JEMPUT MENYAKSIKAN PERLAWANAN AMAL MIX VETERAN TELUPID MENENTANG EX-SABAH 90 FC

Imej
TELUPID : Peminat bolasepak di sekitar Daerah Telupid dan yang berhampiran dijemput untuk menyaksikan perlawanan persahabatan buat pertama kalinya diadakan di daerah ini pada sabtu 19hb November jam 4 petang di Padang Pekan Telupid. Perlawanan Persahabatan Ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran dengan Kerjasama SAFA Daerah Telupid, Majlis Daerah Beluran, pejabat Belia dan Sukan Daerah Telupid serta Kelab Sukan Pekan Telupid (KASTEL). Perlawanan Antara Mix Veteran Telupid yang menampilkan bekas pemain SAFA Daerah Telupid. Manakala Ex-Sabah 90 FC akan menampilkan bekas pemain negeri antara lain Jakerison Kilan,  Andrew Laban, Conrad Mojungkim, Salvester Sindeh, Andrew Majangim, Rizal Awang Jad, Dunian Sulog, Aslik Mailin, Billyton, Borhan Ajui dan beberapa lagi. Menurut Pengerusi Penganjur, Melton Martin merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran juga Pegawai Perhubungan Parlimen Beluran kawasan Telupid ketika di temui berkata tujuan perlawanan p

APA GST SUDAH BUAT SAMA NEGARA???

Sebab GST Perlu di Malaysia 1. GST MEMBOLEHKAN PENGURANGAN CUKAI PENDAPATAN DAN CUKAI KORPORAT. Meluaskan asas cukai membolehkan Malaysia untuk terus mengurangkan cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat seperti kita jalankan sejak 2009:http://tinyurl.com/mbb9ygw Cukai pendapatan yang lebih rendah adalah cukai yang demokrasi kerana keputusan sama ada mereka mahu dikenakan cukai kurang atau lebih kini bergantung kepada berapa banyak yang seseorang itu mahu belanjakan berbanding cukai yang diambil sebelum ia masuk ke dalam poket mereka. Cukai korporat yang lebih rendah menggalakkan pelaburan (asing dan tempatan) dan juga mengurangkan insentif bagi pengelakan cukai. Ini akan merangsang ekonomi kita. 2. CUKAI KORPORAT YANG LEBIH RENDAH MENGURANGKAN ALIRAN KELUAR WANG HARAM. Apabila cukai korporat kita (26% sekarang) tidak berbeza besar berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura (17%), orang akan kurang cenderung untuk membuat penentuan harga menyimpang (trade mispric

UPKO MAHU N.47 TELUPID

Imej
"Sebagai contoh, terdapat hampir 7,000 pengundi di #Telupid  dan dari jumlah itu seramai 3,300 atau hampir separuh adalah anggota UPKO yang berdaftar sebagai pengundi. Jika kami berjaya mendapatkan lagi 700 ahli baharu, maka akan ada 4,000 ahli UPKO di kerusi baharu negeri yang dicadangkan." "Itulah sebabnya kenapa UPKO mesti diberikan peluang bertanding di Telupid pada PRU14," YB Datuk Siringan Gubat , Pemangku Timbalan Presiden UPKO Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah

KONVENSYEN UPKO 2016 DIRASMI NAJIB

Imej
Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, esok dijangka membincangkan lima isu utama berkaitan kepentingan negeri. Setiausaha Agong UPKO, Datuk Donald Mojuntin, berkata beberapa cadangan berkaitan isu autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 juga akan dibentangkan dalam konvensyen sehari itu. Semasa  Pilihan Raya Umum ke-13, banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh parti kepada parti itu.

PASUKAN BOLASEPAK PEMUDA UPKO BELURAN

Imej
Pasukan bolasepak Pemuda UPKO Beluran mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Mix Media Team di Stadium Penampang pada petang semalam 10/11/2016. Dengan keputusan 2-2 seri. Kedua2 pihak penuh semangat kesukanan bermain sehingga ke 90 minit terakhir.

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

Imej
Kunjungan hormat Pemuda UPKO Beluran membuahkan hasil bila menyampaikan hasrat dan cadangan untuk mewujud Majlis Daerah Telupid kepada YB Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Mengetuai kunjungan hormat Tuan Tommy Amir, Ketua Pemuda. Turut bersama Tuan Leprus Giswa, Setiausaha Bahagian dan Tuan Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Khas Parlimen Beluran.

LIPUTAN AKHBAR MAJIS DAERAH TELUPID OLEH PEMUDA UPKO BELURAN

Imej
Liputan akhbar kunjungan hormat kepada YB Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi menyampaikan hasrat pewujudan Majlis Daerah Telupid.

PEMUDA UPKO BELURAN BUAT KUNJUNGAN HORMAT KEPADA MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SABAH

Imej
KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda UPKO Beluran telah membuat kunjungan hormat kepada YB DSP Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah di pejabatnya pagi ini. Antara intipati kunjungan hormat tersebut adalah untuk bertanya dan mendesak pewujudan Majlis Daerah Telupid. Menteri telah memberi maklum balas positif di mana usaha-usaha ke arah merealisasikan cadangan tersebut akan menjadi prioriti untuk dibentang di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kelulusan. Tommy Amir, Ketua Pemuda mengetuai kunjungan hormat tersebut. Turut hadir Leprus Giswa, Setiausaha UPKO Bahagian Beluran dan Melton Martin, Setiausaha Pemuda UPKO Beluran merangkap Pegawai Perhubungan kepada YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

MINYAK MASAK KITAR SEMULA DISIASAT

Imej
Kegusaran orang ramai mengenai minyak masak paket bersubsidi yang dikatakan minyak kitar semula akan disiasat kata Menteri Kesihatan semalam . Siasatan yang dilakukan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan itu akan menyisasat dakwaan-dakwaan  yang dilaporkan adakah minyak masak paket subsidi mempunyai  unsur kitar semula. Ini kerana dakwaan orang ramai dan badan bukan kerajaan yang  melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku penjualan minyak masak yang dikitar semula secara berleluasa akibat kenaikan harga minyak masak. menurut Datuk Seri Dr S. Subramaniam lagi,ianya bagi mengelak penipuan dan penjualan minyak yang dikitar semula sehingga boleh menjejaskan kesihatan pengguna. "Dari segi keselamatan makanan, kita mempunyai kuasa yang membenarkan apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual diperiksa. "Ia termasuk pemeriksaan di kedai-kedai dan penggunaan minyak masak oleh golongan pengusaha restoran serta peniaga makanan," katanya kepada pemberita di l

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017

Imej
Bantuan Rakyat Satu Malaysia adalah salah satu bantuan yang telah  di janji oleh Dato Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam Bajet 2012 sehingga kini, BR1M bermatlamat untuk meingankan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan ini diberikan kepada mereka tanpa mengira lapisan masyarakat.

PUSAT KEUSAHAWANAN DESA DITUBUH DI SELURUH SABAH

Imej
Pusat Keusahawanan Desa Bakal Diperluas Ke Seluruh Sabah - Ketua Menteri KUDAT, 8 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah akan memperluaskan Pusat Keusahawanan Desa (PKD) bagi membantu masyarakat luar bandar khususnya golongan belia meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti perniagaan dan keusahawanan. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata inisiatif itu berupaya membantu meningkatkan potensi diri golongan terbabit terutama yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan berusaha menjana pendapatan lumayan. Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan negeri akan memberi peruntukan lebih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah bagi mewujudkan PKD yang akan berperanan sebagai pusat pembangunan dan latihan keusahawanan masyarakat desa. http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1300228

SABAH JAMIN PERLUASAN TPA 30%

Imej
KOTA KINABALU 8 Nov. - Sabah berada di landasan tepat dan memberi jaminan untuk meluaskan Kawasan Perlindungan Penuh (TPA) kawasan daratan negeri ini kepada 30 peratus dalam 10 tahun akan datang. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perluasan 30 peratus itu akan meningkatkan TPA sedia ada iaitu 1.8 juta hektar atau 24.2 peratus daripada keluasan negeri ini. Tegasnya, usaha itu bukan sahaja perlindungan di atas kertas sebaliknya ditadbir urus dengan baik termasuk menambah sumber keupayaan bagi melindungi kawasan biologi spesies hidupan liar daripada ancaman seperti pemburuan haram. "Kerajaan negeri komited untuk memastikan ekosistem alam sekitar yang unik di negeri ini terpelihara. Oleh itu, saya berikrar dan memberi jaminan untuk meluaskan TPA kepada 30 peratus dalam tempoh 10 tahun," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Jantung Borneo atau Heart of Borneo, di sini hari ini. Tambah Musa, perluasan TPA itu perlu dijalankan seiring dengan rasionalisasi

MVT 1 - Pejabat Daerah Tongod 2

Imej
Lokasi di Padang Pekan Telupid. Perlawanan bolasepak persahabatan di antara Mix Veteren Telupid (MVT) menentang Pejabat Daerah Tongod berakhir dengan keputusan 1 - 2. Perlawanan ini merupakan perlawanan persediaan bagi pasukan MVT untuk menentang Pasukan Ex-Sabah yang akan turun bermain di Padang Pekan Telupid pad 19hb November ini.

KAD WARGA EMAS UNTUK 60 TAHUN KE ATAS

Imej
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk mengeluarkan kad warga emas supaya golongan berusia 60 tahun ke atas mendapat kemudahan dan keistimewaan yang disediakan untuk mereka oleh pelbagai pihak. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pengeluaran kad berkenaan seperti yang dilaksanakan di Australia dan United Kingdom, mengandungi maklumat pengenalan diri tentang seseorang warga emas.

MASYARAKAT PERLU BIJAK NILAI ISU ELAK PERPECAHAN RAKYAT

"Adalah dikhuatiri isu-isu yang belum pasti sahih, tidak benar, berunsur provokasi atau berbaur fitnah yang tersebar luas akan mendatangkan kacau bilau dan akhirnya menganggu gugat kestabilan negara," kata Tan Sri Joseph Kurup kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak ahad lalu." http://www.barisannasional.org.my/news/masyarakat-perlu-bijak-nilai-isu-elak-perpecahan-rakyat-kurup

1B UNTUK TINGKATKAN KUALITI JALUR LEBAR SELURUH NEGARA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion bagi memperluaskan liputan dan meningkatkan kualiti jalur lebar di seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar. "Bagi penambahbaikan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di kawasan luar bandar, kerajaan fokus kepada menambahbaik liputan 3G melalui pembinaan menara komunikasi dan penaiktarafan menara sedia ada melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)," Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1299894

LAH PEMBANGKANG KALAH LAGI?!!!

Imej
Pembangkang Tewas Undian Tolak Bajet 2017 7 NOV : Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 selepas berdepan undian belah bahagi yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen pembangkang. Bagaimanapun, dalam undian peringkat Dasar tersebut pihak kerajaan memperolehi 117 undi manakala pembangkang hanya mendapat 70  undi. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan persidangan malam tadi turut mengumunkan  11 ahli parlimen  tidak mengundi. Mereka adalah barisan ahli-ahli parlimen daripada PAS. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengundi bersama ahli-ahli  pembangkang lain. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli tidak hadir. Pembangkang menuntut undian belah bahagi selepas Menteri Kewangan 11, Datuk Johari Abdul Ghani selesai menggulung perbahasan kira-kira jam 10.10 malam. Hampir setiap tahun mere

PAKATAN IS SILENT?! WHAT HAPPEN?

EVER WONDERED WHY PAKATAN NEVER MAKE NOISE ABOUT THE IPP CRONYS ANYMORE? They used to make this such a big big issue before but now quiet. Why? Read on: Previously, the now-dead Pakatan Rakyat said it will achieve annual savings of RM3.47 billion on Tenaga Nasional Bhd (TNB) payments to independent power producers (IPPs) if the coalition takes over Putrajaya in GE13 by reducing the Internal Rate of Return guaranteed returns to IPP form 19% to 10%. (see video) This problem of lop-sided IPP deals to past cronys had been a big issue to Malaysians for years where tens of billions of ringgit of Rakyat (via TNB) and Petronas money was diverted to the cronies. But in the year 2012, the govt had it's first ever open tender for IPP and together with 1MDB which bid the lowest price for each renewal or new IPP and forced the other bidders to lower down their bids dramatically, the govt did even better than what Pakatan promised! Maybank proclaimed that the era of sweetheart deals for IP

MAJLIS PEGUAM BIKIN MALU

Imej
Sikap tidak kisah Majlis Peguam berhubung isu menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang dimiliki hartawan Amerika Syarikat, George Soros, memperlihatkan organisasi itu seolah-olah tiada harga diri dan tidak bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Peguam sepatutnya lebih tahu bahawa OSF merupakan satu organisasi yang bertujuan mengubah masyarakat dan mempunyai agenda memecahbelahkan institusi negara yang menjadi sasaran seperti Malaysia melalui penyaluran dana-dana itu.

INDIA DITINDAS DI PULAU PINANG???

Imej
KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL BELA KAUM INDIA - PERWAKILAN DAP 07 Nov 2016 Penang_DAP_Convention_7_11_2016 Seorang anggota perwakilan Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 hari ini membidas pentadbiran kerajaan negeri yang mengabaikan kebajikan kaum India di negeri ini. Perwakilan Datuk Keramat A. Krishnan mendakwa kedudukan ekonomi dan taraf hidup kaum India di Pulau Pinang semakin merudum selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini. "Kaum India mengharapkan pembelaan sewajarnya dan menjadikan keadaan kami lebih baik berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) namun, malangnya sejak 2008, peluang (untuk kaum India) semakin hilang," katanya semasa sesi perbahasan konvensyen itu di Pulau Pinang. Krishnan turut mendakwa slogan ketelusan yang diperjuangkan kerajaan DAP tidak bermakna apabila hanya individu tertentu sahaja yang berkuasa membuat keputusan.     © 2016 Barisan Nasional. Hakcipta terpelihara. http://www.barisannasional.org.my/news/kerajaan-ppinang-gag

MALAYSIA - CHINA SEPAKAT

Imej
Malaysia dan China sepakat untuk mempertahankan keamanan, kestabilan dan kemakmuran wilayah jika wujud masalah di rantau Laut China Selatan. Kedua-dua Negara tidak mahu isu tuntutan menjadi isu yang boleh menganggu-gugat kestabilan Asia Tenggara atau Laut China Selatan.

TIADA KENAIKAN - JANGAN SPIN

PPJ UMUM TIADA KENAIKAN PADA PENILAIAN HARTANAH BAGI PERUMAHAN DI PUTRAJAYA "Tiada kenaikan caj hartanah  dan caj hartanah adalah sama seperti  tahun sebelumnya" https://www.youtube.com/watch?v=33pis9Py67E&feature=youtu.be

PEMBANGKANG DAN FITNAH, BERPISAH TIADA.

Imej
KERAJAAN HARUS BERTINDAK PANTAS TANGKIS SERANGAN PEMBANGKANG - KHAIRY JAMALUDDIN 06 Nov 2016 Keganasan Persespsi atau firnah di laman sosial hari ini memang tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi kegasanan persepsi ini dilemparkan melalui badan-badan politik yang tugas mereka hanyalah menimlbulkan persepsi untuk meraih undi dan akhirnya ramai yang terpedaya.dengan persepsi jahat itu. "Sebagai contoh dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Lembaga Tabung Haji kerugian RM3.09 bilion dijawab dengan lengkap dan dalam masa yang pantas oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji Datuk Johan Abdullah. Malah saya difahamkan isu ini juga akan dijawab di Parlimen dalam masa terdekat," kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kerajaan juga harus bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi memastikan tidak wujud persepsi negatif. Beliau turut berkata sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama, dan perlu dijawab o

TELITI SEBELUM PELABURAN ASING MASUK NEGARA

Imej
Proses membawa masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini sentiasa dilakukan dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Zahid berkata soal bahawa ia boleh menjejaskan kedaulatan negara sepatutnya tidak timbul.

RAFIZI KENA SAMAN LAGI...

Imej
Tidak perlulah saudara Rafizi Ramli menunggu sehingga tujuh hari untuk mendapatkan jawapan daripada saya untuk mengambil tindakan undang-undang atau menyaman saudara kerana TH telahpun mengambil tindakan undang-undang saman jenayah terhadap perbuatan fitnah beliau. “Untuk makluman juga saman jenayah lebih berat berbanding dengan saman sivil, biarlah proses perbicaraan di mahkamah yang mulia kelak menentukan sama ada dia bersalah atau tidak,” Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia https://www.bnbbc.my/tidak-perlu-tunggu-7-hari-tabung-haji-sudah-saman-rafizi/

BENGKEL MULTIMEDIA UPKO - BN

Imej
Admin bersama team UPKO serta staff Jabatan Media Sosial Barisan Nasional dalam Kursus Koordinasi Pengurusan Strategi Koordinasi Komunikasi dan Multimedia di Hotel Airport View, Kota Kinabalu pada 5hb November, 2016. Turut hadir Datuk Abu Bin Khamis, Setiausaha Kerja Barisan Nasional. Bengkel ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merangkap Presiden UPKO Nasional.