Catatan

“KENAPA RAKYAT TELUPID MESTI MEMILIH FELIX JOSEPH SAANG SEBAGAI ADUN N.47 TELUPID”

Imej
TELUPID, 2025 – Di tengah-tengah gelanggang Pilihan Raya Negeri Sabah 2025, satu nama semakin menonjol sebagai tokoh yang mampu membawa perubahan sebenar kepada rakyat Telupid — Felix Joseph Saang , calon UPKO No. 6 bagi N.47 Telupid, yang tampil dengan agenda pembangunan paling menyeluruh, realistik dan berfokus untuk memajukan daerah yang sejak sekian lama menunggu sentuhan kepimpinan baharu. Berbekalkan visi “Telupid Progresif, Dinamik dan Makmur” , Felix menampilkan Manifesto Telupid Baharu yang bukan sahaja menyentuh keperluan semasa rakyat, tetapi juga menggariskan pelan jangka panjang untuk membawa Telupid ke tahap pembangunan yang setara dengan daerah lain di Sabah. TELUPID PUNYA MASA DEPAN — DAN FELIX ADA PELAN MENYELURUH DUN Telupid merupakan kawasan luas, strategik dan kaya potensi. Namun banyak isu asas masih membelenggu rakyat seperti tanah adat, jalan kampung, air, elektrik, internet, peluang ekonomi dan pembangunan generasi muda. Felix hadir bukan denga...

FELIX JOSEPH SAANG CALON TERBAIK WAKIL RAKYAT BAHARU DUN TELUPID

Imej
TELUPID, — Nama Felix Joseph Saang kini hangat menjadi sebutan di seluruh DUN Telupid apabila beliau muncul sebagai calon yang dilihat paling berwibawa, berintegriti dan paling memahami denyut nadi rakyat. Dengan rekod perkhidmatan yang bersih serta komitmen tinggi terhadap prinsip #SabahFirst, Felix dianggap sebagai tokoh baharu yang mampu membawa anjakan besar kepada masa depan Telupid. Felix, yang sinonim dengan perjuangan suara rakyat pedalaman, tampil dengan agenda pembangunan yang jelas — memperkukuh ekonomi setempat, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, memperjuangkan infrastruktur asas, serta memastikan hak-hak Sabah dalam MA63 terus dipertahankan. Keupayaan beliau menyelami realiti kehidupan masyarakat kampung, belia, wanita dan golongan petani menjadikan beliau calon yang dekat di hati pengundi. Menurut pemerhati politik setempat, Felix dilihat sebagai pemimpin generasi baharu yang tampil dengan pemikiran progresif dan sikap kerja yang berorientasikan solu...

EWON JUMPA TOMMY

Imej
KENYATAAN AKHBAR. *PRN 6 NEGERI UJIAN SPRM TANGANI RASUAH: FELIX*  Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini sebagai medan terbaik untuk menangani amalan rasuah. Ketua Pemuda, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Felix Joseph Saang berkata, ia selaras dengan misi Kerajaan Perpaduan yang menyatakan kesungguhan dan komitmen dalam usaha membenteras gejala rasuah.  Katanya, rakyat perlu memilih pemimpin yang berintegriti, berwawasan, beretika, telus untuk memimpin dan bukannya memilih pemimpin disebabkan rasuah ataupun politik wang. “Tidak dinafikan, setiap kali pilihanraya terutama di kawasan luar Bandar, kita mendengar banyak cerita-cerita di mana politik wang sering berlaku . “Oleh demikian, saya percaya PRN di enam negeri kali ini adalah ruang terbaik untuk membuktikan amalan rasuah dan membeli undi dapat dinoktahkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Felix berkata, SPRM juga seharusnya kom...

PRN17 : KAMPUNG MAAU AKAN DIREALISASI

Imej
TELUPID : Kemasukan beramai-ramai penduduk Kampung Maau ke dalam Parti UPKO; menyatakan sokongan kepada Tuan Felix Joseph Saang, Ketua Bahagian UPKO Beluran sebagai calon di DUN N.47 Telupid. 

Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Felix Joseph Saang

Imej
Inisiatif kerajaan lega beban rakyat luar bandar – Pemuda UPKO Julai 23, 2025, Rabu - 4:10pm TELUPID: Beberapa pengumuman penting yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan perpaduan dalam membela nasib rakyat luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman Sabah. Ketua Pemuda UPKO Nasional, Felix Joseph Saang berkata, pengumuman yang merangkumi sumbangan tunai RM100 kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas, penurunan kadar bil elektrik, cuti umum sempena Hari Malaysia serta peluasan Program Jualan Rahmah ke seluruh negara bakal memberi manfaat besar kepada rakyat. “Langkah ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan mana-mana golongan, terutamanya komuniti luar bandar yang masih ketinggalan dari segi capaian kemudahan asas dan subsidi kerajaan. “Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup, malah memberikan mesej jelas bahawa kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan ...

JOVINIA UMJIN JUARA SUGANDOI DAERAH TELUPID 2021

Imej
TELUPID : Jovinia Umjin mewakili Kampung Bauto berjaya menambat hati juri pertandingan sugandoi peringkat daerah Telupid dengan mengenepikan 4 peserta lain dengan membawa hadiah wang tunai rm 700.00, Piala dan Sijil. Jovinia yang memilih lagu Pitongkizadan, penyanyi asal Cathy Woritus; cukup untuk dirinya digelar Juara Sugandoi Peringkat Daerah Telupid yang seterusnya mewakili Daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2021. Tempat kedua Afdin Bin Abdul Ghani@Ejul mewakili Kampung Buis dengan lagu Id Pagandadan yang dipopularkan oleh Fabian Wiliam membawa pulang wang tunai Rm 600.00, Piala dan sijil. Ketiga, Quadra Akin mewakili Kampung Taviu membawa lagu Tupusku yang dipopularkan oleh Aznor Jipin membawa pulang hadiah wang tunai Rm 500.00, piala dan sijil.K Ke-empatVictor Philip Rundi mewakili Kampung Gading dengan lagu Ponindualan Montok Doho yang dipopukarkan oleh Fredercik Julius membawa pulang hadiah wang tunai RM 4...

SK TELUPID SIAP SIAGA

Imej
TELUPID : Sekolah Kebangsaan Telupid siap-siaga menerima kedatangan murid bagi tahun 5 dan 6 yang dijadual pada 15hb Julai ini. Berucap dalam Majlis Penataran Pembukaan Sekolah, Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Melton Martin merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah kerana telah menganjurkan majlis tersebut; di mana ibu-bapa boleh melihat sendiri persediaan-persediaan SOP (Prosedur Operasi Standard) yang telah dilakukan oleh pihak sekolah. "Pandemik Covid19 ini telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan keluarga sehari-hari sebelum ini. Ibu-bapa kini tahu betapa mencabarnya mendidik anak di rumah dan menghargai peranan guru-guru yang sebelum ini bertanggungjawab menjaga anak-anak di sekolah." "Pembukaan sekolah ini merupakan suatu keputusan yang sangat besar yang telah difikir pelbagai sudut oleh pihak yang berwajib seperti Pejabat Pendidikan Daerah Telupid. Semoga ibu-bapa menyokong usaha murni ini dengan menghan...

Warga Telupid Dipelawa Sertai Sugandoi Kaamatan

Utusan Borneo (Sabah) 20 Apr 2017 Oleh SALMAN ABADI WARGA Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas dipelawa menyertai Pertandingan Sugandoi peringkat daerah Telupid pada 29 April (Sabtu) depan, bermula jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan itu, Tommy Amir berkata ia diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid yang akan diadakan pada 6 Mei depan. Katanya pertandingan itu bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili daerah Telupid ke Pertandingan Sugandoi Peringkat Negeri Sabah, selain menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaaan Pesta Kaamatan tahun ini. Di samping itu, ia juga bertujuan mencungkil dan mengetengahkan bakat dalam bidang persembahan nyanyian solo khasnya dalam kalangan para belia di daerah Telupid serta mengeratkan lagi ...

SERTAI SUGANDOI TELUPID 2017

Imej
TELUPID : Warga Telupid yang berminat dan berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Sugandoi Daerah Telupid pada tahun 2017 ini. Maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan adalah semudah menyertai kumpulan "Sugandoi Telupid 2017" sembang WhatsApp di alamat web https://chat.whatsapp.com/AyIygptB5vTBcOcD2czyDR Tarikh akhir penerimaan penyertaan pada 28hb April, 2017. Manakala, sesi saringan akan diadakan pada 29hb April, 2017 jam 2 petang di Dewan Kampung Telupid, Telupid. Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid, Encik Tommy Amir menambah bahawa menariknya kali ini, buat julung kali penyertaan untuk kategori Dazanak (kanak-kanak) dan juga Songkoton (Veteran) dibuka.  Peserta juga bebas memilih lagu untuk bertanding asalkan ianya berbahasa Kadazandusun atau lagu etnik tempatan Sabah. "Pendekatan tanpa senarai lagu wajib dan pilihan dikekal oleh Jawatankuasa Sugandoi Negeri sekaligus memberi nilai tambah kepada penyertaan Sugandoi di daerah khususny...

MICHAEL SAH TIDAK BERTANDING

Imej
TELUPID : YB Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ketua Bahagian PBS N.40 Labuk ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kiabau, Telupid petang semalam telah mengumumkan hasrat untuk tidak bertanding pada pilihanraya ke-14 ini. Beliau di dalam ucapannya, telah memaklumkan hasratnya kepada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika majlis hari jadi Ketua Menteri Sabah yang lalu. “Tan Sri, saya di kawasan namun demikian saya tidak akan bertanding lagi dalam PRU ke-14... kali kelima saya mahu berehat dan kali kelima buat terakhir bagi saya” luah Michael kepada semua penduduk kampung di majlis tersebut. Majlis tersebut meriah dengan pengisian penyerahan geran tanah kerajaan kepada peserta FELCRA Kampung Kiabau.

PEMUDA UPKO BELURAN SERAH SUMBANGAN PADA PAULUS

Imej
TAMBUNAN : Pemuda UPKO Beluran yang diketuai oleh Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Pehubungan Parlimen Beluran bersama Tommy Amir, Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian Beluran dan Sylvester Doini, Ketua Pemuda Kampung Liningkung, Telupid telah menemui dan menyerahkan sumbangan kasih kepada Feruzuana Hamruni Binti Md Ferdaus yang merupakan anak kepada Paulus Jimit, bekas pemain Sabah yang menghidap penyakit angin ahmar di kediaman mereka di perumahan JKR Tambunan petang semalam.  Paulus dimaklumkan sedang menjalani rawatan di Kota Kinabalu. Sumbangan ini berikutan perlawanan bolasepak amal diantara pasukan Telupid Mix Veteran dengan pasukan Ex-Sabah 90 FC yang berlangsung di Padang Pekan Telupid pada 19hb November yang lalu yang berakhir dengan keputusan 4 - 3. "Sumbangan ikhlas ini merupakan punggutan diantara pemain dan Pergerakan Pemuda UPKO Beluran khusus bagi meringan beban kos rawatan Paulus.  Saya juga berharap selepas ini agar ada lagi pihak-pihak yang l...

UPKO INSTRUCTS MPS TO REJECT HADI'S BILL

PUTRAJAYA: United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) MPs have been instructed to reject the Private Member’s Bill pushed by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Upko acting president Datuk Seri Madius Tangau said instructions to the Upko MPs to not support the bill proposing for amendments to the Syariah Court (Criminal Jurisdiction) Act was in line with the party’s supreme council stand. Upko has stood firm on its objection to the Marang MP’s Bill which was said to be aimed at increasing the punitive power of the Syariah Court but viewed as many as paving the way for the introduction of syariah law in the country. According to Tangau, the issue had been deliberated by the party’s Legal Bureau headed by secretary general, Datuk Donald Peter Mojuntin from the constitutional and legal point of view. The Bureau advised the Upko supreme council on the matter, which in turned unanimously and collectively decided to oppose the Bill. Besides ...

KENYATAN AKHBAR MVT LAWAN EX-SABAH 90 FC

Imej
Kenyataan akhbar daripada Pengerusi Penganjur, Melton Martin di suratkhabar New Sabah Times 18/11/2016

KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN TELUPID

Imej
KEJOHANAN BADMINTON BERPASUKAN CAMPURAN MEREBUT PIALA YB DSP WILFRED MADIUS TANGAU, PEMANGKU PRESIDEN UPKO NASIONAL MERANGKAP MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MALAYSIA Pada 3HB - 4HB DISEMBER, 2016 di DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN TELUPID Hadiah :- Johan - RM800 beserta Medal dan Sijil. Kedua - RM500 beserta Medal dan Sijil. Ketiga (Bersama Pasukan Separuh Akhir) - RM300 beserta Medal dan Sijil Yuran penyertaan : RM150 Kategori Berpasukan : 1. Bergu Lelaki Terbuka 2. Bergu Wanita Terbuka 3. Bergu Lelaki umur 40 ke-atas Keterangan lanjut dan borang penyertaan : Waslie Albert Awai 010-7990562 Petrus Mathew 014-6540172 Tommy Amir 019-2384460 Fauziah Kudus 0107942003 Donnysius Salati 017-8298506 Mex Miming 013-885923 Wilfred Majikon 019-8953785

PEMINAT BOLASEPAK SEKITAR DAERAH TELUPID DI JEMPUT MENYAKSIKAN PERLAWANAN AMAL MIX VETERAN TELUPID MENENTANG EX-SABAH 90 FC

Imej
TELUPID : Peminat bolasepak di sekitar Daerah Telupid dan yang berhampiran dijemput untuk menyaksikan perlawanan persahabatan buat pertama kalinya diadakan di daerah ini pada sabtu 19hb November jam 4 petang di Padang Pekan Telupid. Perlawanan Persahabatan Ini dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran dengan Kerjasama SAFA Daerah Telupid, Majlis Daerah Beluran, pejabat Belia dan Sukan Daerah Telupid serta Kelab Sukan Pekan Telupid (KASTEL). Perlawanan Antara Mix Veteran Telupid yang menampilkan bekas pemain SAFA Daerah Telupid. Manakala Ex-Sabah 90 FC akan menampilkan bekas pemain negeri antara lain Jakerison Kilan,  Andrew Laban, Conrad Mojungkim, Salvester Sindeh, Andrew Majangim, Rizal Awang Jad, Dunian Sulog, Aslik Mailin, Billyton, Borhan Ajui dan beberapa lagi. Menurut Pengerusi Penganjur, Melton Martin merangkap Setiausaha Pergerakan Pemuda UPKO Bahagian Beluran juga Pegawai Perhubungan Parlimen Beluran kawasan Telupid ketika di temui berkata tujuan perlawan...

APA GST SUDAH BUAT SAMA NEGARA???

Sebab GST Perlu di Malaysia 1. GST MEMBOLEHKAN PENGURANGAN CUKAI PENDAPATAN DAN CUKAI KORPORAT. Meluaskan asas cukai membolehkan Malaysia untuk terus mengurangkan cukai pendapatan peribadi dan cukai korporat seperti kita jalankan sejak 2009:http://tinyurl.com/mbb9ygw Cukai pendapatan yang lebih rendah adalah cukai yang demokrasi kerana keputusan sama ada mereka mahu dikenakan cukai kurang atau lebih kini bergantung kepada berapa banyak yang seseorang itu mahu belanjakan berbanding cukai yang diambil sebelum ia masuk ke dalam poket mereka. Cukai korporat yang lebih rendah menggalakkan pelaburan (asing dan tempatan) dan juga mengurangkan insentif bagi pengelakan cukai. Ini akan merangsang ekonomi kita. 2. CUKAI KORPORAT YANG LEBIH RENDAH MENGURANGKAN ALIRAN KELUAR WANG HARAM. Apabila cukai korporat kita (26% sekarang) tidak berbeza besar berbanding dengan negara-negara jiran seperti Singapura (17%), orang akan kurang cenderung untuk membuat penentuan harga menyimpang (trade mispric...

UPKO MAHU N.47 TELUPID

Imej
"Sebagai contoh, terdapat hampir 7,000 pengundi di #Telupid  dan dari jumlah itu seramai 3,300 atau hampir separuh adalah anggota UPKO yang berdaftar sebagai pengundi. Jika kami berjaya mendapatkan lagi 700 ahli baharu, maka akan ada 4,000 ahli UPKO di kerusi baharu negeri yang dicadangkan." "Itulah sebabnya kenapa UPKO mesti diberikan peluang bertanding di Telupid pada PRU14," YB Datuk Siringan Gubat , Pemangku Timbalan Presiden UPKO Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah

KONVENSYEN UPKO 2016 DIRASMI NAJIB

Imej
Konvensyen Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, esok dijangka membincangkan lima isu utama berkaitan kepentingan negeri. Setiausaha Agong UPKO, Datuk Donald Mojuntin, berkata beberapa cadangan berkaitan isu autonomi dan Perjanjian Malaysia 1963 juga akan dibentangkan dalam konvensyen sehari itu. Semasa  Pilihan Raya Umum ke-13, banyak penambahbaikan yang dilakukan oleh parti kepada parti itu.

PASUKAN BOLASEPAK PEMUDA UPKO BELURAN

Imej
Pasukan bolasepak Pemuda UPKO Beluran mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Mix Media Team di Stadium Penampang pada petang semalam 10/11/2016. Dengan keputusan 2-2 seri. Kedua2 pihak penuh semangat kesukanan bermain sehingga ke 90 minit terakhir.

UPKO GESA PEWUJUDAN MAJLIS DAERAH TELUPID

Imej
Kunjungan hormat Pemuda UPKO Beluran membuahkan hasil bila menyampaikan hasrat dan cadangan untuk mewujud Majlis Daerah Telupid kepada YB Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor, Menteri di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Mengetuai kunjungan hormat Tuan Tommy Amir, Ketua Pemuda. Turut bersama Tuan Leprus Giswa, Setiausaha Bahagian dan Tuan Melton Martin, Setiausaha Pemuda merangkap Pegawai Khas Parlimen Beluran.